Thursday 13 September 2012

Perjumpaan Kedua : Gotong-Royong

Greeting Text

Pada 15.2.2012 telah diadakan perjumpaan kedua iaitu aktiviti gotong-royong bertempat di surau Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras. Guru-guru serta ahli-ahli persatuan bertungkus-lumus membersihkan surau.

Setiap ahli kelab diberi tugas masing-masing untuk membersihkan kawasan surau sekolah. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan surau sekolah dipelihara. Alhamdulillah, ahli-ahli kelab agama islam yang terlibat telah memberi sumbangan tenaga yang sepenuhnya sepanjang aktiviti ini dijalankan

Aktiviti ini juga menyumbang kepada semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama  umat islam. Alhamdulillah segala penat lelah membuahkan hasil apabila selesai sahaja aktiviti gotong-royong ini, persekitaran surau sekolah kelihatan amat bersih, teratur, kemas dan cantik sekali. 

No comments:

Post a Comment