Thursday 13 September 2012

Perjumpaan Ketiga : Pertandingan Tilawah Dan Azan

Greeting Text

Pada 29 . 02. 2012 perjumpaan ketiga telah diadakan di surau pada pukul 1.30 petang. Ahli kelab solat berjemaah di dalam surau yang diimamkan oleh salah seorang ahli kelab. Pada perjumpaan ketiga ini akan diadakan Pertandingan Tilawah Dan Azan sempena Pertandingan Majlis Al - Quran

Ramai pelajar yang melibatkan diri dalam pertandingan ini. Para peserta semuanya hebat-hebat belaka. Pertandingan azan yang disertai pelajar lelaki mendapat sambutan yang hangat dan terdapat banyak saingan. Semua peserta mengazankan azan yang sungguh merdu. Pertandingan Tilawah pun tidak kurang hebatnya. Ramai pelajar yang berlumba - lumba menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih mengikut kritia yang telah ditetapkan.

Konklusinya , Pertandingan ini seharusnya dilakukan dengan kerap kerana boleh merapatkan silaturrahim sesama manusia dan menimbulkan semangat daya saing yang tinggi.


No comments:

Post a Comment