Thursday 13 September 2012

Perjumpaan Pertama : Mesyuarat Agong Persatuan Agama Islam


Pada 11 . 01 . 2012 telah diadakan perjumpaan yang pertama iaitu Mesyuarat Agong Persatuan Agama Islam yang diadakan di bilik agama Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras. Seramai 43 pelajar telah mendaftar diri sebagai ahli Kelab Agama Islam.

Mesyuarat Agong tersebut dimulai dengan Surah Al-Fatihah. Kemudian diteruskan dengan ucapan guru penasihat iaitu Puan Maharniza Binti Mahmud dan Ustaz Mohd Nasrun Bin Ahmad. Ahli jawatankuasa juga dipilih. Ramai yang mencadangkan nama-nama calon ahli jawatankuasa. Setelah nama-nama calon dicadangkan undian dibuat untuk menentukan calon yang sesuai menyadang jawatan.

Perancangan aktiviti tahunan juga diberitahu kepada ahli Kelab Agama Islam. Jumlah yuran kelab juga dibincangkan bersama-sama. RM 5 telah ditetapkan sebagai yuran kelab untuk setahun. Pada pukul 8.50 berakhirlah mesyuarat tersebut.

No comments:

Post a Comment